Saturday, August 21, 2010

Selami Rahsia Ramadhan




Assalamualaukum.....

Alhamdulillah dengan keizinan dari-Mu Ya Allah, maka kami hamba-Mu mampu lagi menemui lagi bulan yang penuh dengan kerahmatan dan kesempurnaan...semoga dengan perkongsian cebisan tazkirah ini boleh kita menyelami erti sebenar sebuah RAMADHAN....sesuai dengan firman Allah bermaksud:

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)

Pengertian Ramadhan itu sendiri dibahagikan kepada tiga peringkat yang mana di awalnya Rahmah, di tengah-tengahnya Maghfirah dan di hujungnya Kebebasan dari azab api neraka.

IMAM Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menghuraikan 6 cara mencapai kesempurnaan puasa dikalangan orang-orang beriman dan bertaqwa:

  • Menahan pandangan
  • Menjaga lidah
  • Menjaga pendengaran
  • Mencegah anggota tubuh dari melakukan maksiat
  • Tidak berlebihan dalam menikmati makanan
  • Bersihkan hati dan minta keredaan dari ALLAH
Insyaallah...sama-sama lah kita berusaha mencari Ramadhan yang paling sempurna dari tahun-tahun sebelumnya....

No comments:

Post a Comment